7.6.07

Gurindam Dum Dam

Sebenarnya gurindam ni dah tertulis dan aku pernah memuat-turunkan didalam laman web Rumah Kesenian Perak kira-kira 2 tahun yang lampau. Jadi sesiapa atau teman-teman yang pernah terbaca tu, baca la sekali lagi tak salah pun...



GURINDAM YANG TAK DO NGAN YANG TAK DO LAIE….

Pagi haghi, suboh golap, bumin
Dogheh bongka, tido tak beghapo suki amek tido malam tadi
Kepisat-pisat’an, ambik tukok sekojap
Den jongok kek tingkap matohaghi warno meghah Iyo ko ni?
Kengkawan tido membungkang tu ha – bekoghuh!

Tak do laie do bunyi ayam, itik, kucing, kambing, lombu, kobau, bughung kuang, mughai…
Tak do laie do sogho Wan Aji, Induk Mon, Tam Soyah, Ongah Boka, Uwok Dahlan, Tam Said, Udo sidi, Manap Bai menyapo…- Moh dogheh poie motong!

Yang ado cumo bunyi moto, kegheto, LRT – membising yo tak ghonti-ghonti..

Yang ado cumo sogho Azzam Bellamy, Haji Mazlan, Awie, Ise, Buyea, Ateng, Wan Selama, Mursyid, Mat yie, John, Inger Meyer, Cheb Ali dan jugak sogho Siti, Farah, Atie, Tasha, Sheela, Hanim, Ina, Sofia,Ell, kan? – Sogho orang-orang kelumpo, sogho budak manjo-manjo ni la…

Lamo duduk temonung pulak dah ha’..
Porut den dah ko bulur Yang ado cumo sandwich, burger, kontang goreng, chicken chop, steak, nasi lomak pun dah tah apo ghaso’eh..tak samo cam omak den buek

Tak do laie do ubi ghobuih, mee loka, cekodok, lempeng, goreng topung, samba kundang, samba kelambir..umak ia soda pee, sumo ando lako

“ Tu la kau Jang, Yo omak sughuh kau balik kau tak maun, macam-macam alasan kau boghi- Tongka tak maun donga koba oghang, gasak yo laie”..

“Iyo la mak, sok ese balik toksah la gaduh..”

Yarapak paneh he’ tongahari ni..mendidih kepalo otak, sesajo yo den nak mendodah kek tongah pokan kelumpo ni…

Yang ado cumo KLCC, Time Square, Lot 10, Sungai Wang, Sunway Pyramid, One Utama, Mid Valley..
Tak do laie do kodai Ulung Sarip,Kodai Suman, Kodai Cino Ali, Kodai Atai, Cino Gomok Simpang Tanjung, Kodai Manap Teh…

Kek seboghang jalan nun ando pulak bunyi orang pasang CD lagu Hip-hop bukan main kuek..sampai nak pocah speaker..muzik bebudak modu-mudo jam ni..

Tak do laie do lagu kugiran, joget lambak kek ghumah kendughi kawin, cak lempong, bongai, bunyi kompang pun lansung haram nak dapek donga...

Yang ado bunyi lagu orang becakap yo, Tang mulo sampai habih...tah apo yang repek e' macam Jay-Z, Beyonce, Pussycat Dolls, Usher, Akon, alah....macam dalam clubbing tu la, Zouk, Rum Jungle, The Loft, Modesto's, Aloha...........tompek oghang mudo-mudo mengokeh!

Hai , ontah la mak, oghang kemain ghamai eh’ ha..tompi pait kok kono apek’an…

Haghi dah sonjo, badan pulak dah ponek, lotih litak
Buek apo yo ekau nak melangok kek sini yo laie, moh la dogheh balik- Balik mano Jang? Kampong ko?

Tak la hai.. Balik kek ghumah bujang den la, takkan nak balik kampung, sokgi kojo...
Esok tah apo pulak conto’e...
Samo yo ko macam haghi ni?
Ontah lah mak, nak buek camno Te’ uwan den maghin den lahir kek colah pokok gumbio

Ontahkan iyo ontahkan tidak Pembongak uwan den pembongak la den..

* tak da apa nak buat malam semalam gua pun buat gurindam ni buat tatapan kawan2 juga buat nenek gua yang telah meninggal dunia tahun lepas.....

Bukit Kerinchi 18 mei 2005. Reply by : on [ 18 May 2005 03:24:39 ] 202.188.199.

2.6.07

SEMBANG KASI ORANG TERBANG.....

Ramai kawan-kawan aku yang cakap dunia ni semacam tak adil bagi mereka..-tak adil? Ketidakadilan macamana yang mereka maksudkan?

Dunia ini menyeksa dia orangkah? Bencana alam sering melanda mereka barangkali? Atau…. Apakah mereka ini sudah terlalu kecewa? Lalu bagaimana seriusnya mereka ini bercakap tentang ketidakadilan dunia? Siapa mereka yang bercakap dunia ini tidak adil? Komuniskah kawan-kawan ku ini? Tidak lagi mempercayai kehidupan selepas mati, begitu? Kepada siapakah dunia membahagikan keadilannya?

Orang kaya?
Jeneral medan perang?
Para ilmuan?
Tok Imam?
Ahli politik?
Pelakon atau penyanyi?
Selebriti?

Atau orang gila barangkali yang tiada apa-apa tanggung jawab kepada dirinya mahupun kepada “dunia” itu sendiri?

“Zul, betul tak kalau kiranya aku katakan yang dunia ni tidak adil kepada kita?” Tanya Azzam Bellamy kepadaku.
“Apa yang tidak adilnya?” jawabku selamba tapi aku memang mahu tahu apakah jawapan yang akan beliau beri..

“Betul kau nak tahu? Tak menyesal?” desak Azzam Bellamy. Aku dah bersedia dengan hujah-hujah ku kalau dia terus saja menyalahkan dunia yang tidak berlaku adil padanya, pada kita dan pada kami…

Buktinya cuba kau lihat situ…Mat Rempit, lagi lagi mat rempit…cuba kau tengok pulak sapa yang dia bawak? Siap pegang-pegang tangan hah! Cium pipi pulakk….…Cantik gila aweks dia tetapi adakah aweks tu layak berpacaran dengan seorang Mat Rempit? Ciss….kenapa tidak dengan aku yang lebih hensem? Atau apakah keistimewaan mat rempit itu yang tiada padaku? - Azzam Bellamy serius berhujah-mujah….

Ataupun cuba kau lihat disana pula…seorang jejaka kulit hitam sedang memeluk mesra seorang gadis melayu yang putih mulus bergelak tawa berlenggok mesra merangkul pinggang si gadis melayu itu…apa kau rasa? Zul, apakah tanggapan kau pada jejaka kulit hitam tu?

“Hitam bukan sebarang hitam…hitam itu menawan….” Jangan jadikan warna kulit itu sempadan” jawabku selamba juga. kami ketawa berderai bersama-sama…

Aku sudah keliru..apakah ini satu jawapan yang tepat ke atas soalannya tadi atau satu sekadar lawak bodoh di tengah-tengah petang hampir waktu Asar ini?

Apakah protes dalam mindaku yang berlaku sebentar tadi rupanya permasalahan yang sebegini…Protes ketidakpuasan hati dan cuba menyalahkan dunia yang tidak berlaku adil dan berat sebelah semata mata kerana perempuan dan cinta pilihannya?

sial…aku juga hairan adakah ini persoalan yang serius atau mainan rekaan semata-mata? Gurau senda barangkali…sudah nyatalah dunia menjadi subjek yang tidak semena mena automatic menjadi perumpamaan untuk dijadikan bahan sindiran oleh teman-temanku ini

..kasihan kau dunia…beranggapan dunia tidak adil adalah cuma perumpamaan kekesalan kerana tidak miliki teman wanita secantik puteri bunian atau seseksi Beyonce..
Bukan dunia itu tidak berlaku adil pada penghuninya …tidak tidak bukan begitu maksudnya, baru aku faham…

‘Menyalahkan dunia’ tidak berlaku adil pada mereka semata-mata tidak memiliki teman wanita adalah isunya, hahahahahahaha……………..bangsat!

‘lantak pi la dia orang zam…asalkan kita bahagia dengan apa yang “dah” ada….

“tidak……….! Aku tak puas hati, manakan lelaki Afrika ni bisa beroleh dara melayu yang lenggang-lenggok putih mulus…..****&^%%$#@@!@@##**(()(……

Azzam…biarlah mereka..biarkan si luncai 'gelap' dan teman wanitanya itu terjun dengan labu-labunya….