2.6.07

SEMBANG KASI ORANG TERBANG.....

Ramai kawan-kawan aku yang cakap dunia ni semacam tak adil bagi mereka..-tak adil? Ketidakadilan macamana yang mereka maksudkan?

Dunia ini menyeksa dia orangkah? Bencana alam sering melanda mereka barangkali? Atau…. Apakah mereka ini sudah terlalu kecewa? Lalu bagaimana seriusnya mereka ini bercakap tentang ketidakadilan dunia? Siapa mereka yang bercakap dunia ini tidak adil? Komuniskah kawan-kawan ku ini? Tidak lagi mempercayai kehidupan selepas mati, begitu? Kepada siapakah dunia membahagikan keadilannya?

Orang kaya?
Jeneral medan perang?
Para ilmuan?
Tok Imam?
Ahli politik?
Pelakon atau penyanyi?
Selebriti?

Atau orang gila barangkali yang tiada apa-apa tanggung jawab kepada dirinya mahupun kepada “dunia” itu sendiri?

“Zul, betul tak kalau kiranya aku katakan yang dunia ni tidak adil kepada kita?” Tanya Azzam Bellamy kepadaku.
“Apa yang tidak adilnya?” jawabku selamba tapi aku memang mahu tahu apakah jawapan yang akan beliau beri..

“Betul kau nak tahu? Tak menyesal?” desak Azzam Bellamy. Aku dah bersedia dengan hujah-hujah ku kalau dia terus saja menyalahkan dunia yang tidak berlaku adil padanya, pada kita dan pada kami…

Buktinya cuba kau lihat situ…Mat Rempit, lagi lagi mat rempit…cuba kau tengok pulak sapa yang dia bawak? Siap pegang-pegang tangan hah! Cium pipi pulakk….…Cantik gila aweks dia tetapi adakah aweks tu layak berpacaran dengan seorang Mat Rempit? Ciss….kenapa tidak dengan aku yang lebih hensem? Atau apakah keistimewaan mat rempit itu yang tiada padaku? - Azzam Bellamy serius berhujah-mujah….

Ataupun cuba kau lihat disana pula…seorang jejaka kulit hitam sedang memeluk mesra seorang gadis melayu yang putih mulus bergelak tawa berlenggok mesra merangkul pinggang si gadis melayu itu…apa kau rasa? Zul, apakah tanggapan kau pada jejaka kulit hitam tu?

“Hitam bukan sebarang hitam…hitam itu menawan….” Jangan jadikan warna kulit itu sempadan” jawabku selamba juga. kami ketawa berderai bersama-sama…

Aku sudah keliru..apakah ini satu jawapan yang tepat ke atas soalannya tadi atau satu sekadar lawak bodoh di tengah-tengah petang hampir waktu Asar ini?

Apakah protes dalam mindaku yang berlaku sebentar tadi rupanya permasalahan yang sebegini…Protes ketidakpuasan hati dan cuba menyalahkan dunia yang tidak berlaku adil dan berat sebelah semata mata kerana perempuan dan cinta pilihannya?

sial…aku juga hairan adakah ini persoalan yang serius atau mainan rekaan semata-mata? Gurau senda barangkali…sudah nyatalah dunia menjadi subjek yang tidak semena mena automatic menjadi perumpamaan untuk dijadikan bahan sindiran oleh teman-temanku ini

..kasihan kau dunia…beranggapan dunia tidak adil adalah cuma perumpamaan kekesalan kerana tidak miliki teman wanita secantik puteri bunian atau seseksi Beyonce..
Bukan dunia itu tidak berlaku adil pada penghuninya …tidak tidak bukan begitu maksudnya, baru aku faham…

‘Menyalahkan dunia’ tidak berlaku adil pada mereka semata-mata tidak memiliki teman wanita adalah isunya, hahahahahahaha……………..bangsat!

‘lantak pi la dia orang zam…asalkan kita bahagia dengan apa yang “dah” ada….

“tidak……….! Aku tak puas hati, manakan lelaki Afrika ni bisa beroleh dara melayu yang lenggang-lenggok putih mulus…..****&^%%$#@@!@@##**(()(……

Azzam…biarlah mereka..biarkan si luncai 'gelap' dan teman wanitanya itu terjun dengan labu-labunya….

13 comments:

azzam bellamy said...

hahaha! ko ni...

Masy said...

masalahnye kite selalu merasakan org itu beruntung dgn apa yg dia ada, sedangkan kita x tau, mebi org itu rasa kita lebih beruntung kerana kita tiada apa yg dia ada.

sile rujuk entry aku yg btajuk 'Enibadi Miss Me?? :p'

kiambang said...

manusia mmmg begitu..mane pernah cukup dgn apa yg ada..mane pernah puas hati dgn nikmat yg dikecapi..mane pernah syukur dgn segala-galanya..sifat dengki iri hati..mmg ada dlm diri..tak boleh tgk org lain lebih dari kita..

awek org cantik..awek kite tak berapa cantik..tu kita nampak..
awek kite pandai masak..awek org tak pandai masak..tu kite tak nampak

achik said...

kita kan selalu tgk milik org lain lagi baik dr apa yg kita miliki.. "the grass is always greener on the other side".. huhu..

sian kan dunia.. asyik dipersalahkan je.. ;p

Cik Kema said...

azzam memang begitu...
hahaha

tintaHati said...

taktau la dunia ini adil atau tidak. tapi yang aku tau dan konfem betoi banyak ketidakadilan berlaku kat dunia ni.

manusia sendiri bersikap tidak adilkepada manusia yg lain. manusia sendiri yg mendiskriminasikan manusia lain. manusia mmg ssh utk bersikap adil.

psst: dan aku sama sekali tidak merujuk kpd 'cinta wanita' seperti mana bro azzam!

nUr@dDeEn said...

Manusia memang penuh sikap prejudis yg mana kadang2 ada kelebihannya tp banyak juga keburukannya. Kalau katakan donia ni tak adil, memang melampaulah. Macam menyalahkan Iradat Allah swt. Sebab yg menjadikannya tak adil adalah manusia itu sendiri. Manusia ini memang serba tak adil. Yg Maha Adil lagi Bijaksana adalah DIA Yang Maha Kuasa.

Oit, oit! Lelaki yg baik adalah utk wanita yg baik. Apa nak bimbangkan dan jeles dgn si negro itu.... uh! aku juga dah mula nak mendiskriminasi sesama manusia :D

p/s: pesanan di atas ditujukan khas kepada si Azzam yg tiba-tiba jeles dgn lelaki negro itu ahak aahak hahaha..! Kau lupakah yg ko adalah lelaki sejati?! :P

kakLuna said...

mana kau tahu yg putih mulus tu ada dara lagi?

azzam bellamy said...

uhuk..uhuk..apa le salah aku pada korang ni? sob..sob..

fitnaaaaaaaaah! fitnaaaaaaaah!

malam bulan purnamaaaaaa..di tepi pantai indaaaaaaaah..kududuk mengenangkaaaaaaan..cinta ku yang tak sampaiiiiiii..putus di tengah jalaaaaaaaaaan..sedih nian rasanyaaaaa...

namun apa dayaaaaaaaa..kau begini jadinyaaaaaaaa..hidupku meranaaaaa..kasih terputus sudaaaaaah..padamu oh Tuhaaaaaaan..ingin aku bertanyaaaa..dapatkah kembaliiiii...dia sang kekaseeeeeh!

uhuk..uhuk..

tintaHati said...

hahaha bro azzam sori
andai kata2ku menyakiti hati kecil mu

uhuk uhuk...

;D

Cik Kema said...

zul!!! hapdet!!!!

volkswagen betui!

wakakak!

zul kapan said...

ko volkswagen aku lori ayam plak...siot betul..

zul kapan said...

Pada kakluna,

Maksud 'dara' disini ialah tubuh fizikal milik seseorang perempuan,
Dan jelas bahawa maksudnya ialah lelaki afrika itu berpacaran dengan seorang gadis melayu secara lahiriah.
Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa yang putih mulus itu 'berdara'atau sebaliknya.