12.5.07

Kontemporer yang bukan kontemporer

Chapter Two- Straight guys wake up call!

Kontemporer yang bukan Kontemporer..

“Anak seni tolak agama, gelar diri melayu baru, bertatu, minum arak, amal seks bebas.”

Segelintir penggiat seni visual, teater dan pemuisi melayu sanggup menjual maruah agama dan maruah diri apabila terang-terangan mengaku tidak percayakan tuhan dan tidak menganut sebarang agama.”- Helmy Abd Rahman, Muka depan Harian Metro, Jumaat 11 mei 2007.

Sebenarnya kenyataan oleh wartawan Harian Metro ini ada benarnya jika kita melihat dengan mata kepala sendiri tentang kehidupan budaya social “segelintir” ( DIULANGI HANYA SEGELINTIR) anak seni yang berkelakuan-ragam begitu. Benar malah agak tepat huraiannya. Memang ada yang mengamalkan ‘kepercayaan’ seperti itu. Cuma tulisan wartawan ini hanya menemui permukaan ‘lautan’ dan bukannya ‘dasar’ lautannya yang terdapat segala macam isi makhluk serta khazanah atau mungkin terdapat benda yang bisa meragut penentu hala keharmonian bumi iaitu minyak? Kawasan blok minyak berada dibawah dasar lautan perairan Terengganu yang di temui pasukan cari gali Petronas baru-baru ini?-(Namun harga minyak tetap akan naik jua sampai bila-bila.)

Jadi agak tipis dan sayang sekali jika kita (MASYARAKAT) masih tidak mengerti reality fenomena budaya serong bersifat hiprokrisi jika hanya bersandarkan fakta yang masih kurang dan samar-samar buktinya.- Buktikan dengan jelas.

Perkara ini bukan perkara baru. Ia turun dari satu generasi ke generasi yang lain sesuai dengan peredaran masa dan zaman yang kita tempuhi sekarang. Tidak terdapat sedikit pun perbezaan dengan apa yang telah diaplikasikan oleh mereka yang terdahulu, Cuma mungkin hala tuju, pendekatan atau directionnya sahaja yang berbeza mungkin, berdasarkan kesesuaian menerima-pakai budaya “Melayu Baru-Free Thinker” oleh generasi masa kini. Secara sedar atau tidak kritik dan protes kita terhadap’golongan’ juga masih sama dari dulu hingga sekarang, kita mengulang permasalahan dan penyelesaiannya benda yang sama. Ironiknya sehingga sekarang masih tidak selesai.

Aku ingin membuat ‘confession’ disini yang aku adalah sebahagian (bukan “segelintir”) anak seni atau lebih tepat-pendukung seni visual yang hidup dikota besar metropolitan Kuala Lumpur. Maka secara tidak lansung pergaulan dan gaya citarasa hidupku berlingkar disekeliling teman-temanku yang rata-rata pengamal seni juga sepertiku, pelukis,pengarca,pemuisi, penulis, pensyarah seni, pereka fesyen, pemilik galeri, kolektor seni, cikgu seni,penggiat filem, pelakon, penyanyi, pelawak, pelukis illustrasi, kartunis, fotograper,penulis skrip, penari, pemuzik professional, pemuzik jalanan @ Buskers, editor,pereka grafik, curator seni, dan segala macam posisi jawatan yang berkaitan dengan cabang seni itu-seni tampak, seni tari, seni filem, seni persembahan, seni muzik, seni penulisan kreatif dan seni reka dalaman.- apa lagi bentuk seni?

Secara jujur aku ingin jelaskan yang aku tidak akan sesekali mengaitkan kes ini atau memberitahu si polan- si polan itu yang terlibat didalam gejala ini. Mengaibkan maruah individu katanya, memang agak cliché tetapi itu memang polisiku. – Dia, dia, aku, aku, bukankah itu lebih mudah, bukan mengambil tahu tetapi aku ‘terambil tahu’ hal-hal yang berkaitan masalah budaya ini dikalangan teman-teman “segelintir”ku.


Atau Mat Rempit bilang ‘tak ambil port la brader’….


Sememangnya tidak terlintas dihatiku untuk “membimbing mereka semula ke jalan yang benar” dan siapakah Aku nak merubah keperibadian seseorang yang mengalami masalah budaya-melayu-baru-jiwa-kacau-sonsang seperti itu? Sebagai kawan? Heh..kawan pun makan kawan.. sedangkan ajaran Islam Kalimah Rasul pembawaan Nabi Muhammad AS sewenang-wenangnya dipinggirkan oleh segelintiran mereka ini, apatah lagi aku sebagai kawan social mereka?-terus bagaimana? Atas factor inilah aku lebih suka memerhatikan saja gelagat mereka daripada aku berkhutbah atas ajaran nilai murni yang sememangnya aku bukanlah individu yang mana peribadiku tidaklah semurni mana.

Ok, aku ada satu cerita. Ceritanya berbunyi begini : Temanku ini namanya A (bukan nama sebenar- seperti kebiasaanya untuk merahsiakan identity seseorang), berketurunan MELAYU-ISLAM, berumur sekitar awal 20-an , juga seorang graduan yang memiliki ijazah di sebuah Universiti awam di Malaysia. Aktif dan namanya sedang meningkat naik didalam arena bidang seni yang diceburinya di Malaysian scene. –pas bahagian satu.

A amat disenangi oleh teman-temannya yang lain, teman baru-teman lama tidak kiralah laki-laki atau perempuan semuanya senang bergaul dengannya. Namun hanya temannya yang tertentu sahaja yang tahu akan masalah social yang dialami. (termasuk aku) Mungkin agak keterlaluan tindakannya sehingga mendatangkan malu besar ke atas dirinya, namun itulah hakikatnya.- pas bahagian 2

A tidak kurang wajahnya, berkulit putih persis model muka depan majalah maskulin- majalah untuk lelaki sejati (yang kononnya sejati pada fizikal luaran). Jika tidak kena pada gayanya, sang wanita pasti akan “terkemut-kemut” dibahagian anggota tertentu bila sahaja terpandang wajah si A. Dan tidak menghairankan dia mampu untuk meniduri wanita diranjang peraduan asmaranya setiap malam. Namun aku tidak dapat memastikan prestasi yang dimiliki A setiap kali beliau beraksi “menyucuk-tanam” dalam keadaan hanyut berbuai-buai seperti di landa ombak kecil yang manja-manja. Namun padaku inilah keistimewaan seorang “playboy” dimana prestasinya sentiasa hebat (performed) setiap kali dia beraksi. Sama juga halnya seperti Cristiano Ronaldo yang sentiasa memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan untuk membantu Manchester United memenangi kejuaraan EPL musim 2006/2007. Pun begitu A mempunyai kekasih (Steady-Girlfriend) yang sangat mencintainya.- Pas bahagian 3

Ini bahagian klimaknya, disebalik fizikal normalnya, A sebenarnya seorang Bi-seksual, yakni mempunyai 2 minat dan sensasi “tarikan” seks terhadap wanita juga laki-laki. A bisa menerjah “lubang depan gua wanita” dengan mudah juga ‘menerobos-masuk’ di samping menjilat-jilat pintu masuk jalan belakang-sempit-lagi kotor-bersemak samun-kawasan larangan-jatuh hukum haram-dilaknat Tuhan Pencipta Sekelian Alam kepunyaan seorang laki-laki sepertimana yang tercatat dalam kitab suci yang memang diidam-idamkan oleh A selama ini.- but protection is important-prevention is better than cure. ( tokey jual kondom pasti tersenyum lebar mendengar kenyataan ini.)

Lagi!- A memiliki tattoo dibahagian anggota badannya,-
Lagi!- A minum arak umpama air sirap, tidak kira masa dan tempat,
Lagi!- bertukar-tukar pasangan untuk hubungan seks,
Lagi!-pernah berbogel menunjukkan kemaluan didepan Audien semasa satu persembahan tidak lama dahulu..
Lagi!-memakan daging babi..ya dia pernah makan daging babi yang sememangnya enak pada pandangan mata “MELAYU”nya.
Lagi! -Seks luar tabii..
Lagi!- Kalau sudah berkelakuan begitu, bagaimana status agamanya? Didalam my card tertulis Agama Rasmi nya? Islamkah? Atau sudah murtadkah? Atau yahudikah? Free thinker barangkali atau Atheist mungkin tepat.
Lagi! – aku dah tak mampu menulis lagi, memang dah berdosa pun memburukkan orang..
-Pas bahagian 4.

Jadi apa yang nak dihairankan gejala masalah social masyarakat melayu kontemporer (kontemporari) masa kini kiranya benda demikian berlaku depan mata kita sehingga kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa? Teman-teman yang menggayakannya? Mempraktikkannya? Mendewa-dewakan kemegahan hidup sonsangnya?- Aku malas nak layan..- tamat sudah kisah A.

Ada banyak lagi kisah yang seumpama ini didalam bidang seni, tidak terkecuali juga melibatkan wanita atau species Adam bertransfomasi Hawa tetapi biarlah mereka dengan hidup mereka, aku tidak mahu mencampuri urusan dia orang. Cukuplah contohnya yang seorang ini.

Maka biarlah aku menokok tambah Tag Line di atas itu:

“Anak seni tolak agama, gelar diri melayu baru, bertatu, minum arak, amal seks bebas, bersekedudukan, melanggan pelacur, kaki betina, seks luar tabii, gay, tukar jantina, pembedahan palstik, makan babi, lesbian, murtad dan penentang dasar-dasar kerajaan Malaysia.”

TETAPI..
TETAPI..
TEETTAAPII..bukan semua yang semacam itu, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..tidak! tidak! Masih ada jelas semuanya anak seni itu menyayangi agama, tuhan dan rasulNya. Kata seorang temanku juga seorang pelukis “Seni (Lukisan) yang didukung nya selama ini adalah jalan beliau untuk mencari makna diri, erti hidupnya disamping mendekatkan diri kepada Penciptanya.” Bukankah itu sesuatu yang perlu kita fikirkan dan amalkan untuk kehidupan yang lebih baik? Dan apakah benar seni ini bisa mampu merubah kita lebih berakhlak mulia?- Tanya sama itu Hud Hud kata M.Nasir atau nyanyian lagu “Kau Yang Satu” dendangan Ramli Sarip atau alunan muzik dakwah Yusuf Islam (Cat Stevens) mahupun Rhoma Irama.

“Masyarakat Melayu didiskriminasikan kerana tidak bebas memakan daging babi, minum arak dan membeli nombor ekor.”- Ada orang kata tepuk dada jangan tanya selera, tanyalah IMAN.

Masalahnya cukupkah keimanan kita dari godaan hawa nafsu?-semestinya tidak cukup selagi kita bernama manusia yang bernafsu untuk makan, tidur, membeli belah, memiliki harta dan wang, menjaga kecantikan fizikal luaran diri dan sebagainya.

Permasalah social yang melanda umat melayu masa kini bukan sahaja berlaku dikalangan orang-orang melayu sahaja bahkan masalah yang sama melanda semua bangsa diceruk pelusuk dunia ini. Aku lebih suka mengandaikannya sebagai legasi hukum karma yang telah berlaku semenjak zaman Nabi Adam sehingga ke hari ini, turun temurun, di ulang tayang, diguna pakai oleh manusia sehingga hari kiamat gamaknya…tiada kesudahan, Cuma manusia yang “sedar” sahaja tidak termasuk didalam golongan mungkar ini.

Buddha pernah ditanya oleh seseorang, kenapa beliau membuang segala kemewahan hidup, meninggalkan nikmat duniawi yang pernah dikecapinya, jawab beliau ringkas tetapi mendalam..”kerana aku ialah orang yang sedar”

Gejala menjadi kebiaasan, kebiasaan menjadi gejala..

Sudah menjadi isu kebiaasan bila mana gejala ini di heboh-hebahkan, seperti:

Murtad- biasa

Gay-biasa

Sumbang mahram/muhrim-biasa

Lesbian-biasa

Minum arak-lagi biasa

Bertatoo-bukan biasa lagi malahan sudah menjadi trend golongan muda melayu kita masa ini.

Judi-jangan cerita la..hari-hari orang berjudi

Seks bebas-ini memang favourite muda mudi kini. Biasa dah

Tukar jantina-biasa juga dengar

Melacur-lagi-lagi biasa

Liwat –rogol-bunuh- pun biasa kedengaran…

Semuanya sudah biasa..jadi apa yang luar biasa? Hah! Aku ada satu kisah yang agak luar biasa yang berlaku pada dunia reality tetapi sayang ianya bukan berlaku di Malaysia..begini:

Tidak lama dahulu media massa pernah menyiarkan tentang seorang lelaki telah ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan seekor kambing betina, kalau tidak silap saya kejadian ini berlaku di Afrika -pernah dengar bukan?… OK, semasa lelaki ini sedang asyik melayani rasa kenikmatan yang tidak terkata menyetubuhi seekor kambing betina itu, dia telah ditangkap ( terkantoi!) oleh tuan punya kambing berkenaan lalu lelaki yang tidak bermoral ini kemudiannya di’kahwin’kan dengan kambing malang tersebut sebagai denda diatas kesalahan yang telah dilakukannya. Maka terjadilah perkahwinan antara manusia dengan binatang iaitu kambing Hiduplah mereka sebagai sepasang ‘suami isteri’ yang sah…-adakah cerita ini masih lagi biasa anda dengar?

OK, kalau begitu baca ini pula :

Setelah beberapa lama lelaki ini berkahwin dengan ‘Isterinya” yang malang itu, baru-baru ini media massa telah melaporkan bahawa isterinya(kambing betina tersebut) telah mati akibat tercekik plastic, agak lucu kedengaran dan lebih melucukan lagi media juga melaporkan ‘isterinya’ itu juga mempunyai anak: anak kambing (bukan kacukan antara benih manusia dan benih kambing), yang memang tiada kena mengena dengan manusia sedangkan ‘suaminya’ adalah seorang manusia lelaki normal.

Perkara seperti juga pernah berlaku di Malaysia dan dihebahkan oleh akhbar tempatan sedikit masa dulu bagaimana seorang pemuda ditangkap semasa menyetubuhi seekor kambing didalam kebun getah oleh pemilik kambing tersebut, pemuda ketagih seks ini ditangkap disebabkan bunyi bising mengembek kambing tersebut yang disedari oleh pemiliknya ketika itu berada tidak jauh dari tempat kejadian. Tetapi tidak pula diterangkan sebab musabab kambing tersebut mengembek bising samada bising oleh kerana sakit atau sedang mengembek sedap keenakan dek penangan kemaluan manusia yang sememangnya berbeza dengan kambing jantan yang lain dari segi saiz, benih, gen dan sebagainya.

Namun pemuda itu hanya didenda dan dinasihatkan berkelakuan baik oleh mahkamah, tidak pula di suruh bernikah bersama kambing tersebut seperti nasib yang menimpa lelaki malang diatas.- Tamat sudah bab gejala sonsang.

Back to the title, Ada juga kedengaran cakap-cakap orang menyebut “ Artist is just an Artist” merujuk kepada kelakuan ‘gila’ artist (orang seni) yang bebas, tanpa perlu dikonkong atau tidak perlu ditegur, memandangkan artist memang bersifat ‘gila’, menunjukkan individu si polan si polan itu seorang orang seni. Ini adalah salah lagi menyalahkan!

Orang seni itu sebenarnya harus bagaimana? Adakah isu dibawa oleh wartawan Harian Metro ini memberi impak kepada penjanaan minda ortodoks masyarakat Malaysia yang diketahui selama ini memang memperlekehkan orang seni terutamanya seni visual? Atau mahu juga aku ulang-tayangkan ‘Trademarks’ lapuk lagi membasi dialog kata filem “Ibu Mertua lakonan P.Ramlee”- Apa? Pemuzik? Ya aku pemuzik dan namaku P.Diddy dan studio tempat kerjaku di New York. Aku rasa terus saja meninggal dunia “ibu mertua” P.Ramlee bila mendengar aku berkata begitu!

Apakah orang seni itu harus menunjuk-nunjuk kegilaannya kepada awam? Agar awam akan berkata “itulah dia orang seni, susah hendak memahami jiwanya yang terlalu berseni.” –P***mak la…lagi bosan bila mendengar ayat itu!

STRAIGHT GUYS! I THINK WE GONNA HAVE A PROBLEM HERE!


6 comments:

Unknown said...

mak uiiiih..gile pnjg entri ko, zul. article ko ni boleh hntr kt times mag la aku rasa..hahaha!

ko dh jd pgkaji insan aliran seni plak ke? ada gaya, beb! bongkar apa yg terbuku dn apa yg trsmbunyi..!

secara amnya..bukn insan seni je yg mcm tu skrg ni..cuma pmbawaan dr insan seni tu la yg jd ikutan org luar.

apa2 pn insan seni tetap gerek, beb! hahaha..

Ayaq said...

Astaghfirullah...semoga A kembali ke jalan yang benar..huhu.

Kesian kambing2 kat dunia ni..uhuhu.

tintaHati said...

Wah pakcik kapan dah ada blog. Tahniah! Tahniah! Hahahahaha....

achik said...

mak aih.. pjg giler.. tp bagus isi dia..

dunia akhir zaman.. nauzubillah.. semoga A berubah.. insya-Allah..

Anonymous said...

adakah A yang dimaksudkan nama sebenarnya bermula dengan huruf S atau panggilan mesranya R?

Anonymous said...

anda boleh beri jawapan melalui email berikut jika tidak mahu mengaibkannya: fumy_monero@yahoo.com